Monday, January 17, 2011

Bicara Muslimah - Aurat Saya

Bismillahirahmanirrahim

Alhmadulillah serta syukur atas nikmat iman dan kesempatan kita beramal. Semoga Allah SWT akan terus menjadi sanjungan dan cinta hati kita agar setiap yang kita lakukan hanya keranaNYA. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke blog kami, semoga Allah merahmati kalian : ). Disamping kita menjamu mata, molek kiranya kita meningkat ilmu pengetahuan serta menajamkan lagi minda kita. Entri ini berkisar mengenai aurat saya sebagai muslimah, semoga bermanfaat buat kita bersama dan selamat membaca (^_^)


Gambar di atas adalah berkenaan aurat sebenar seorang muslimah wajib menjaga. Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.

Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. 



BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan 'illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau kerana tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sesetengah orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina.
(Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Jelaslah bahawa tuntutan menutup aurat ini sebenarnya memang sudah digariskan panduannya dan ia merupakan arahan Allah SWT. Mari kita lihat apakah diantara kesalahan - kesalahan yang biasa dilakukan kita, samada sedar mahupun tidak.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
KESALAHAN KEDUA  : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek. 
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'. 
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT. 
Ertinya : 
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31) 

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. 

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. 
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. 

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah :
Celak dan Cincin. 
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain. 
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram. 

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah. 
 "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha, betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. 

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
 
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) 

'Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas. 
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan nipis pula seperti dinyatakan; Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: 
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud) 

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah. 
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. 
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) . 
 
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) 
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. 
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Semoga dengan sedikit penerangan dapat menjadi panduan untuk kita membetulkan kesilapan kita. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Marilah sama - sama kita membetulkan kekurangan diri dalam mujahadah menjadi wanita solehah. InsyaALLAH.

Sunday, January 16, 2011

KOLEKSI TUDUNG

Selamat datang ke gedung tudung kami, semoga lawatan anda bermakna (^_^)

Kami menyediakan pilihan bagi anda untuk memilih tudung labuh mahupun tudung segi empat dengan saiz (52"/55"/60").


TUDUNG LABUH
Bagi koleksi ini anda boleh membuat pilihan dan tempahan mengikut citarasa anda, JOM KITA TENGOK PILIHAN UNTUK ANDA :
a) Tudung labuh plain
 
Detail :
-Fabrik digunakan koshibo
-Harga RM 27 (tidak termasuk postage)
-Sejuk,Selesa dan Kemas
-Variasi pilihan warna yang banyak dan menawan


b)Tudung Labuh Manik
              
 

Detail :
-Fabrik digunakan koshibo
-Harga RM 35 (tidak termasuk postage)
-Sejuk,Selesa dan Kemas
-Terdapat dua pilihan,mengikut citarasa anda untuk menggunakan manik dengan satu warna atau dua warna
-Variasi pilihan warna yang banyak dan menawan
                                                                                                                                                                   

c)Tudung Labuh Sulam Simple



Detail :
-Fabrik digunakan koshibo
-Harga RM 30 (tidak termasuk postage)
-Sejuk,Selesa dan Kemas
-Jahitan sulam menggunakan mesin
-Variasi pilihan warna yang banyak dan menawan



d)Tudung Labuh Bunga



Detail :
-Fabrik digunakan koshibo
-Harga RM 35 (tidak termasuk postage)
-Sejuk,Selesa dan Kemas
-Variasi pilihan warna yang banyak dan menawan
-Sesuai untuk dijadikan hadiah buat bonda tercinta, kakak/adik, isteri, dan teman2
p/s : Sekiranya berminat mohon kerjasama anda untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan kelancaran urus beli.


TUDUNG SEGI EMPAT SAMA (BERCORAK/PLAIN)
Dalam koleksi ini kami menyediakan pilihan tudung bagi muslimah yang lebih meminati penggayaan tudung tidak berjahit di tengah, namun masih mengekalkan syariat islam, insyaALLAH.

a)Tudung Bercorak ~ Corak Mengikut Stok Sedia Ada : ) 

Contoh - contohnya adalah seperti berikut :
Boleh digayakan mengikut kemahuan

Corak yang menarik

Harga yang ditawarkan serendah RM19 sehingga RM 30, bergantung kepada fabrik dan corak : )

b)Tudung Plain
Bagi pilihan ini, kami menyediakan beberapa pilihan mengikut citara anda juga. Terdapat dua kategori tudung plain di butik kami, iaitu tudung plain seperti di pasaran dan tudung plain yang ditempah mengikut citarasa anda. Tempahan adalah seperti, tudung segi empat bersulam manik, sulam simple dan sulam bunga seperti tudung - tudung labuh yang ditunjukkan. Sekiranya di tempah, ia akan disediakan oleh pihak kami, insyaALLAH.

Berikut adalah contoh - contoh tudung segi empat yang disediakan :

Pink Plain - kelembutan dan keayuan

Brown plain - ringkas dan menawan

Simple  dan bergaya

PEMBERITAHUAN- Mohon maaf gambar2 tudung segi empat mengikut tempahan masih belum di uploadkan. InsyaALLAH akan disegerakan. Namun jika berminat anda boleh melihat pattern2 tersedia  seperti pada gambar2 pada tudung labuh di atas : )

Sekiranya anda berminat, SILA KLIK DISINI untuk melihat koleksi - koleksi kami yang terkini. InsyaALLAH menepati citarasa muslimah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah  hubungi kami atau email kami di no.tel @ email berikut : 
Email - bazarkita@yahoo.com.sg
No.Tel - 013 - 4715636

Terima kasih, jemput datang lagi









KOLEKSI BROOCH

Penggunaan brooch merupakan aksesori sampingan/tambahan yang diperlukan samada sebagai pemanis atau pelengkap gaya seorang muslimah. (Bergaya namun harus diingat agar tetap menjaga norma2 sebagai muslimah, insyaALLAH)





Buat masa ini kami mempunyai dua jenis brooch iaitu ; brooch kristal dan brooch korea. Contoh - contohnya seperti berikut :

1)Brooch Kristal
Dengan variasi pilihan pelbagai motif dan warna
Comel dan cantik
Sesuai dijadikan koleksi peribadi mahupun untuk cenderamata/hadiah buat insan tersayang

Sweet greenish  butterfly

Golden pearl cat

Greenish olive

2)Brooch Korea
Diimport khas dari Korea
Berkualiti dan Bermutu
Design dengan motif yang eksklusif
Sesuai dijadikan cenderamata buat tersayang

Kilauan mempesona

Mutiara hati

NOTIS : Cepat2 selagi stok masih ada : ) 

Sekiranya anda berminat, SILA KLIK DISINI untuk melihat koleksi - koleksi kami yang terkini. InsyaALLAH menepati citarasa muslimah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah  hubungi kami atau email kami di no.tel @ email berikut : 
Email - bazarkita@yahoo.com.sg
No.Tel - 013 - 4715636

Terima kasih, jemput datang lagi

KOLEKSI BEG TANGAN

Beg tangan @ handbag memang cukup sinonim dengan wanita, ibarat pemanis/penyeri (^_~)
Kami juga ada menawarkan koleksi2 beg tangan yang cantik dan menarik untuk dimiliki mahupun dijadikan hadiah kepada orang tersayang.

' Everything sweet for adorable muslimah.'


Berikut adalah antara koleksi2 kami :
Classic mempesona


Cute yang simple
PEMBERITAHUAN: Buat masa ini kami masih belum ada stok dalam simpanan, insyaALLAH sekiranya sudah ada, akann kami war2kan secepat mungkin. 

Sekiranya anda berminat, SILA KLIK DISINI untuk melihat koleksi - koleksi kami yang terkini. InsyaALLAH menepati citarasa muslimah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah  hubungi kami atau email kami di no.tel @ email  berikut : 
Email - bazarkita@yahoo.com.sg
No.Tel - 013 - 4715636

Terima kasih, jemput datang lagi











KOLEKSI PAKAIAN

Di bahagian ini kami menawarkan @ menyediakan anda beberapa jenis pakaian yang menjadi kegemaran dan pakaian seharian. Kami sedaya upaya dan berusaha akan mengekalkan kod/etika berpakaian seorang muslimah sejati insyaALLAH.




Kami lampirkan bingkisan gambaran sewajarnya seorang muslimah itu berpakaian :

InsyaALLAH kami akan membantu anda dengan memudahkan anda mencari dan mendapatkan koleksi2 pakaian yang menepati syariat : )
(P/S: Sekiranya anda merasakan ada sebarang komen mahupun pandangan terhadap produk kami anda sangat dialu - alukan)

Koleksi pakaian kami tidak termasuk tudung terbahagi secara umumnya kepada jubah, t-shirt muslimah dan blouse, skirt labuh dan seluar. Setiap darinya di sediakan dengan variasi pilihan yang berbeza2. Di blog ini hanya terdapat  beberapa contoh koleksi kami, namun anda boleh mendapatkan koleksi2 lain dengan lebih banyak pilihan dengan terus melayari bazar online kami dengan KLIK DISINI. Walaupun koleksi yang dipaparkan di blog ini sedikit namun kami akan sentiasa  meng"updatekan" dari semasa ke semasa sebarang pemberitahuan sekiranya terdapat STOK BARU (^_^).  Semoga menepati citarasa anda.

JUBAH
Koleksi2 terkini dengan design2 menarik mengikut citarasa anda. Turut menyediakan yang simple bergaya namun masih mengekalkan ciri2 pakaian muslimah sejati. Kami juga berbesar hati sekiranya anda memerlukan pandangan kami untuk memadankan tudung yang anda ada dengan koleksi jubah2 kami atau memadankan ia dengan koleksi2 tudung kami. Kami akan mengutamakan kehendak anda disamping bertindak sebagai perunding/penasihat atas permintaan anda. Anda tentukan citarasa dan keselesaan anda : )

Berikut adalah contoh koleksi2 :

Ungu menawan

Smart chocolate

Eksklusif Indigo
P/S : Stok jubah kami akan berubah2 dari semasa ke semasa, harap anda sudi mengikuti perkembangan terkini : )

BLOUSE
Koleksi kami menyediakan anda variasi pilihan dari segi warna yang pelbagai serta design yang menarik. berikut adalah contoh2 koleksi2 kami :
Indah Mempesona

Maroon Elegan

Jingga berani

P/S : Stok blouse juga kami akan berubah2 dari semasa ke semasa, harap anda sudi mengikuti perkembangan terkini : )
T-SHIRT MUSLIMAH
Bagi produk ini, kami menawarkan anda t-shirt dengan design kami sendiri yang eksklusif. Kami juga menerima sebarang tempahan untuk t-shirt dari pihak anda untuk sebarang tujuan seperti : 
~ Persatuan2 di sekolah/universiti
~ Pertubuhan2 badan2 NGO/kerajaan  
~ Majlis2/seminar
~ keluarga (Hari keluarga) 

Anda yang menentukan design mengikut kehendak anda. Harga akan ditentukan selepas design dan fabrik yang akan digunakan ditentukan. Rundingan/perbincangan akan dijalankan bagi memastikan  dan memudahkan kedua2 pihak, insyaALLAH.

Berikut adalah diantara t-shirt2 dengan sentuhan kreatif design dari pihak kami :

Pinky yang comel

Merah yang berani

Simple but Smart

Antara koleksi design kami


Sekiranya anda berminat, SILA KLIK DISINI untuk melihat koleksi - koleksi kami yang terkini. InsyaALLAH menepati citarasa muslimah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah  hubungi kami atau email kami di no.tel @ email berikut : 
Email - bazarkita@yahoo.com.sg
No.Tel - 013 - 4715636

Terima kasih, jemput datang lagi






Saturday, January 15, 2011

KENALI KAMI

Butik Raudhah, merupakan sebuah perniagaan berasaskan 'online marketing' dengan mengetengahkan produk2 yang menepati citarasa dan sedaya upaya menjaga syariat. Secara rasminya beroperasi pada julai 2009, dengan menggunakan blog sahaja namun alhamdulillah peningkatan demi peningkatan sedang giat diusahakan dan sekarang kami sudah mempunyai bazar online. Jemputlah berkunjung ke bazar online kami dengan KLIK DISINI.

Moto Kami :
"SYARIAT ALLAH INSPIRASI KAMI" 

Objektif kami :
1)Menyediakan alternatif kepada produk2 muslimah yanh menepati syariat
2)Menawarkan harga berpatutan
3)Memastikan semua lapisan masyarakat dapat/diberi peluang mencapai kehendak/keinginan

Impian Kami :
Bercita-cita besar untuk mengeluarkan zakat sebanyak RM 1,000,000 insyaALLAH marilah kita merealisasikan cita-cita ini

Blog ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan kami disamping menjadi wadah untuk menebar dan perkongsian  ilmu  dengan para pengunjung. InsyaALLAH dengan berpesan2 dan saling hormat menghormati akan dapat meningkatkan potensi diri. Kami sangat mengalu - alukan sebarang komen mahupun pandangan anda dalam usaha meningkat kualiti dan mengeratkan ukhwah demi ISLAM tercinta.

"Setiap masa kita punya kesempatan namun kita sendiri yang menentukan apakah membiarkan saja atau memanfaatkan sebaik mungkin"

Semoga Allah SWT sentiasa tujuan hidup kita.


Terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung blog kami.

Sunday, February 14, 2010

QURAN TERJEMAHAN PER KATA


Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

"Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

PERTAMA DI DUNIA

Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) - Hard Cover


maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an



dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini





paparan berwarna


Kelebihan Tafsir Quran Per Kata
Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar
Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
Dilengkapi juga dengan terjemahan.
Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang


Apa kata Ulama' dan Ahli Tafsir


"Ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Qur'an"
(Dr.Hidayat Nur Wahid)

"Tafsir Qur'an per Kata adalah cara cepat belajar memahami Al Qur'an"
(Dr. Ahzami Samiun Jazuli, Pensyarah Bidang Tafsir)

"Tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami Al Qur'an"
(DR.Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir)

Tafsir Qur'an Per Kata merupakan sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca al-qur'an.
(Ustadz Ahmad Kusyairi Suhail)

Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-qur'an.
(Dr. Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir, Pakistan)


Eh...BONUS PEMBELIAN pun ada

BEG AL-QUR'AN



Eh...BONUS CD lagi tu......
CD SOFTWARE ISLAMI
Mengandungi lebih 100 koleksi e-book, e-novel, software, flash yang menarik.


Antara kandungan yang BEST dalam CD Percuma ini
Al-Qur'an Digital
IQRA'Kanak-kanak Digital
E-Novel Ayat-Ayat Cinta, La Tahzan, Kisah Teladan
Hadis 40
Seerah Nabi
Riyadus Salihin
Tafsir Ibnu Kathir,
Terjemahan
Qur'an Digital Melayu & English
Ma'thurat Digital,
Fatwa Qaradawi dan banyak lagi


Semuanya dalam bentuk software/e-book menarik yang mudah dibaca dan digunakan.
Koleksi ini kalau kami nak jual RM 100 pun boleh. Tapi kami berikan percuma sahaja.

Eh...BONUS BUKU BEST pun ada juga

BUKU AMALAN 24 JAM RASULULLAH



while stock last
(akan diganti dengan buku lain jika kehabisan stok)


Harga : RM 130.00

FREE POSTAGE (Sem. Malaysia)
Sabah / Sarawak sila tambah lagi RM 10.00

UNTUK TEMPAHAN SILA KLIK DISINI